BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Islamic Widget

Saturday, January 22, 2011

Tunang???

TUNANG ALTERNATIF COUPLE

Entah mengapa sejak dua menjak ini, banyak sekali perbincangan mengenai tunang hadir dalam hidup ini. Dari dalam bilik sehinggalah ke luar bilik. Kawan-kawan bertanya dan menjawab. Bagaimana hendak bertunang? Apa beza bertunang dengan bercouple? Apa batas pergaulan dalam tunang? Oleh itu, kali ini aku ingin kongsi serba sedikit perkara mengenai tunang.

Banyak yang menyangka bertunang mesti dengan menghantar rombongan melamar ke rumah pihak perempuan. Dimulai dengan pantun dan diakhiri dengan upacara pemakaian cincin pertunangan . Ketahuilah, itu semua hanyalah adat. Kita Islam. Kita ada syariat. Bukan kita menolak adat tetapi kita ingin utamakan syariat.

Cukuplah ikatan tunang itu terjalin bilamana pihak muslimat menyatakan persetujuan untuk menerima pihak muslimin sebagai teman hidup. Sebaiknya gunakan orang tengah bagi menyatakan kehendak dan menanyakan status semasa. Tidak semestinya dengan mengadakan majlis pertunangan bagi mengumumkan. Cincin tidak wajib tetapi kalau ada, maka lebih baik sebagai tanda. Ingat, ini baru bertunang bukan perkahwinan. Bukan walimatul urus. Oleh itu, hebahannya perlu ada limitasi.

Tatkala, pertanyaan oleh pihak muslimin diutarakan kepada pihak perempuan, maka saat inilah yang menjadi titik perbezaan antara tunang dengan couple. Keputusan yang ingin diberikan akan disertai dengan berkat daripada musyawarah dan solat istikharah. Bukan seminggu tapi lebih daripada itu. Perbincangan dengan keluarga dan kekuatan daripada Allah untuk memberikan keputusan ‘YES’ pada pinangan daripada pihak lelaki menjadikan ikatan yang terjalin lebih serius.

Bila sudah menjadi tunang orang, masing-masing menyedari akan hakikat persediaan mereka untuk melangkah ke alam perkahwinan. Akad melalui nikah menjadi penantian. Persediaan luaran dan dalaman sentiasa dikejar agar masing-masing dapat memberikan yang terbaik bila majlis pernikahan tiba. Prestasi akademik, kerja, persediaan ilmu dan pemikiran, kursus perkahwinan dan perkara yang bersangkutan akan menjadi target dalam hidup.

Namun, sedar tidak sedar, ramai yang tersalah cara dan langkah bila ikatan tunang sudah terjalin.

Sunday, January 9, 2011

DeluSI UmMi

Kau sentuh cahaya dengan jemari mu
Dibalik tabir mimpi di raungan merindu
Mengimbas figura di kesumba senja
Tak siapa mendengar ratap hati bonda
Di hadap ranumnya kasih yang manis bermadu
Mengapa kau hanya mengunyah pahit hempedu

Ummi engkau berdelusi
Impian ilusi
Mimpi jadi ngeri mengusik dinihari
Ummi engkau kehampaan
Dambaan igauan janji hanya mainan
Gurauan di bibir kau kutip jadi sandaran

Keperitan itu teman mu yang sejati
Di hujungnya bahgia menanti
Bersama harapan dan pengorbanan diri
Terus berbakti

Resahmu sembunyi dalam riuh ketawa
Sebak dada tidak ketara
Tenangnya wajah tabah kau hadapi
Kerana kau yakin Tuhan lebih mengasihi