BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Islamic Widget

Saturday, January 22, 2011

Tunang???

TUNANG ALTERNATIF COUPLE

Entah mengapa sejak dua menjak ini, banyak sekali perbincangan mengenai tunang hadir dalam hidup ini. Dari dalam bilik sehinggalah ke luar bilik. Kawan-kawan bertanya dan menjawab. Bagaimana hendak bertunang? Apa beza bertunang dengan bercouple? Apa batas pergaulan dalam tunang? Oleh itu, kali ini aku ingin kongsi serba sedikit perkara mengenai tunang.

Banyak yang menyangka bertunang mesti dengan menghantar rombongan melamar ke rumah pihak perempuan. Dimulai dengan pantun dan diakhiri dengan upacara pemakaian cincin pertunangan . Ketahuilah, itu semua hanyalah adat. Kita Islam. Kita ada syariat. Bukan kita menolak adat tetapi kita ingin utamakan syariat.

Cukuplah ikatan tunang itu terjalin bilamana pihak muslimat menyatakan persetujuan untuk menerima pihak muslimin sebagai teman hidup. Sebaiknya gunakan orang tengah bagi menyatakan kehendak dan menanyakan status semasa. Tidak semestinya dengan mengadakan majlis pertunangan bagi mengumumkan. Cincin tidak wajib tetapi kalau ada, maka lebih baik sebagai tanda. Ingat, ini baru bertunang bukan perkahwinan. Bukan walimatul urus. Oleh itu, hebahannya perlu ada limitasi.

Tatkala, pertanyaan oleh pihak muslimin diutarakan kepada pihak perempuan, maka saat inilah yang menjadi titik perbezaan antara tunang dengan couple. Keputusan yang ingin diberikan akan disertai dengan berkat daripada musyawarah dan solat istikharah. Bukan seminggu tapi lebih daripada itu. Perbincangan dengan keluarga dan kekuatan daripada Allah untuk memberikan keputusan ‘YES’ pada pinangan daripada pihak lelaki menjadikan ikatan yang terjalin lebih serius.

Bila sudah menjadi tunang orang, masing-masing menyedari akan hakikat persediaan mereka untuk melangkah ke alam perkahwinan. Akad melalui nikah menjadi penantian. Persediaan luaran dan dalaman sentiasa dikejar agar masing-masing dapat memberikan yang terbaik bila majlis pernikahan tiba. Prestasi akademik, kerja, persediaan ilmu dan pemikiran, kursus perkahwinan dan perkara yang bersangkutan akan menjadi target dalam hidup.

Namun, sedar tidak sedar, ramai yang tersalah cara dan langkah bila ikatan tunang sudah terjalin.

Sunday, January 9, 2011

DeluSI UmMi

Kau sentuh cahaya dengan jemari mu
Dibalik tabir mimpi di raungan merindu
Mengimbas figura di kesumba senja
Tak siapa mendengar ratap hati bonda
Di hadap ranumnya kasih yang manis bermadu
Mengapa kau hanya mengunyah pahit hempedu

Ummi engkau berdelusi
Impian ilusi
Mimpi jadi ngeri mengusik dinihari
Ummi engkau kehampaan
Dambaan igauan janji hanya mainan
Gurauan di bibir kau kutip jadi sandaran

Keperitan itu teman mu yang sejati
Di hujungnya bahgia menanti
Bersama harapan dan pengorbanan diri
Terus berbakti

Resahmu sembunyi dalam riuh ketawa
Sebak dada tidak ketara
Tenangnya wajah tabah kau hadapi
Kerana kau yakin Tuhan lebih mengasihi

Monday, December 20, 2010

CinTa FacEbook!!

Kata kakakku, "Ujian penuntut ilmu: Kewangan, malas, syahwat (rindu dan cinta), sahabat dan persekitaran."

Saya akui, sebagai penuntut ilmu atau mahasiswa, lima perkara tersebut merupakan masalah utama bagi setiap pelajar! Saya yakin anda mengakuinya juga.

Namun, bagi penuntut di Mesir, kewangan bukanlah masalah utama kerana wang zakat melimpah-ruah di sini. Negara kaya seperti Kuwait dan Brunei selalu memberikan sumbangan kepada mereka yang sedang berjihad ini.

Tetapi, empat masalah yang lain terus membelengu para penuntut.

Masalah ke-2, MALAS! Musim sejuk adalah musim yang paling agak malas di sini. Kerana mahasiswa agak selesa di sebalik selimut tanpa mandi berhari-hari.

Masalah ke-3, SYAHWAT! Ini yang ingin saya kupaskan. Insya Allah, semoga apa yang saya ingin sampaikan dapat difahami oleh anda sekalian.

Putik-putik Cinta di Facebook

Saya sebagai seorang pemuda, sering menerima pop-up chat dari orang yang tidak dikenali. Dan kebanyakanya daripada perempuan.

Adakah itu normal seperti yang diutarakan sahabat saya. Beliau bertanya di laman Facebook "says; is it normal, if wall perempuan mesti penuh dengan kawan lelaki, and vice versa?"

Apa pendapat anda?

Saya akui, saya sering 'jual mahal' dengan ajakan berborak melalu Facebook walaupun kadang-kadang tersungkur di tengah jalan. Kerana saya tekad untuk tidak chat sesuka hati bila saya sudah mempunyai orang yang saya berhajat denganya untuk melengkapkan iman saya.

Terutama bila sedang dalam menuntut ilmu, maka saya tidak mahu hidup saya terganggu dengan perkara-perkara yang termasuk dalam ikhtilat diluar syarie.

Bukan Cinta Jika Asasnya Facebook

Saya hairan bila mana ada orang merendahkan martabat cinta dengan menjualnya di Facebook. Dalam erti kata lain, "Saya boleh menerima cinta di Facebook".

Ini mungkin berlaku bila seseorang yang sudah putus cinta mengwar-warkan perasaan benci dan kesalnya terhadap cinta yang berputik terhadap seseorang. Status in relationship bertukar kepada single.

Lalu wujud seorang lelaki yang menawarkan diri untuk mendengar masalah wanita tersebut. Dan memberi pandangan hanya berdasarkan minda yang mengharapkan dosa pada masa akan datang. Ini padahnya bila meluahkan perasaan melalui Facebook.

Kadang-kadang bila yang memberikan pandangan berwajah kurang handsome, si wanita akan berkata, "Sibuk je nak tahu pasal orang". Namun bila mana yang menanyakan soalan agak handsome, dengan sendiri dia akan merendahkan martabat diri dengan membuka aib sendiri.

Sedarkah kalian bahawa WAJAH PROFILE FACEBOOK BOLEH DIMANIPULASI!

Nilai Harga Diri

Adakah begitu rendah martabat cinta kita terhadap orang yang harus dinikahi sehinggakan kita boleh bercinta sekadar melihat wajah seseorang di Facebook atau bermula dengan pop-up chat di Facebook?

Namun bila kita berjumpa, terkejut melihat wajahnya yang ternyata bukan pilihan hati kita. Terus cinta yang berputik di Facebook hilang begitu sahaja. Adakah itu cinta?

Banyak artikel yang menerangkan mengenai ikhtilat diluar syarie. Anda seorang yang berakal, maka nilai setinggi mana nilai diri anda.

Seperti kata-kata Hilal Asyraf, beliau menyatakan di dalam blognya, "Cinta tidak buta".

Martabat cinta begitu tinggi. Jangan rendahkannya sehingga menilai ia buta. Saya memberi contoh, jika anda mencintai seseorang kerana agamanya, adakah bila agama orang tersebut hilang selepas anda mencintainya, adakah anda akan terus mencintainya?

Namun, jika anda tidak menganggap cinta itu buta, anda mencintai seseorang kerana agamanya, maka cinta anda kepadanya akan bertambah dan berkurang sepertimana bertambah dan berkurangnya agamanya.

Atas dasar itu cinta kerana agamanya diperkuatkan lagi dengan hadis yang bermaksud:

"Apabila datang kepada kalian orang yang kalian redha agamanya dan akhlaknya (untuk meminang anda atau wanita dibawah tanggungan anda) maka nikahlahilah lelaki tersebut. Kalau kalian tidak melakukan hal tersebut nescaya akan terjadi fitnah di muka bumi dan terjadi kerosakan yang merata".

[HR Tarmizi & Ibn Majjah]

Penutup

Niat saya menulis post ini adalah untuk menyedarkan orang yang saya cintai bahawa bukan cinta jika asasnya Facebook dan nilai diri anda wahai cintaku.

Saya mengharapkan juga dengan post ini saya dan anda menjadi lebih baik dari sebelum ini. Jika anda sudah terlajak bercinta di Facebook, maka cepat-cepat betulkan cinta anda.

Jangan cepat menjual maruah. Semoga post kali ini membuatkan anda dan saya lebih baik selepas ini bersama-sama mengejar redha Allah SWT dan cinta keranya-Nya. Insya Allah!

Salam Ingatan dari saya

Kaherah, Mesir
11.24 am 02 November 2010

Thursday, December 16, 2010

Mengapa Lambang Bintang 6 Penjuru Ada Dlm M/Aqsa?


JUMAAT 24 April 09, merupakan hari bersejarah dalam hidup saya dan rombongan apabila ia merupakan hari pertama di dalam hidup kami menjejaki kaki ke al-Aqsa. Saya menunaikan solat Tahyatul Masjid. Sebelum khutbah bermula, kami mendengar bayan (syarahan) yang disampaikan oleh Imam al-Aqsa, Syeikh Yusuf Abu Sunainah. Di dalam bayannya, beliau mengutuk Israel dengan suara yang lantang.

Ketika khutbah bermula, beliau menegaskan agar semua anak-anak muda Palestin balik merujuk kepada sejarah kerana orang Yahudi telah mula mahu menipu sejarah. Mereka mengatakan bahawa tanah Palestin adalah tanah asal mereka.

Ketika selesai menunaikan solat Jumaat, saya dan rombongan berjalan-jalan sekitar al-Aqsa. Saya menghampiri mimbar al-Aqsa. Ia merupakan mimbar lama hampir berumur 1000 tahun. Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem , beliau membawa dua mimbar dari Halab ( Aleppo ) Syria , tempat dimakamkan Saidina Khalid al-Walid . Saidina Khalid al-Walid antara sahabat yang berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini. Setelah enam ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib.

Pada tahun 1187, ia berada ditangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa masjid ini telah di dalam amanah Islam semula. Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s). Ketika saya menghampiri mimbar Salahuddin di al-Aqsa ini, saya mengerutkan dahi. Kenapa di mimbar ini ada bintang enam? lambang negara Israel.

Gelagat saya diperhatikan salah seorang penjaga al-Aqsa. Dia menghampir saya, memberi salam dan memegang bahu saya. “Aku tahu apa yang engkau fikirikan” kata beliau.

“Kamu tentu hairan kenapa ada lambang Israel di mimbar ini kan?” Beliau menambah.

Saya hanya menganggukkan kepala. Penjaga ini menarik tangan saya, pergi ke tepi masjid. Dia kemudian menudingkan jarinya ke arah tingkap berhampiran dengan syiling al-Aqsa. “Cuba kamu lihat, ditingkap itu pun ada lambang bintang enam ini, di dinding ini pun ada,” katanya sambil menunjukkan arah dinding al-Aqsa.

“Emmm, kenapa ya?” Tanya saya ingin mengetahui lanjut.

“Sebenarnya nak, bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan’an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan’an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka. Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan’an yang telah Islam.

Orang Kan’an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada. Umur mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan mar-mar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun. Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kan’an di sini “. Penjaga ini menerangkan kepada saya dengan panjang lebar.

“Oh, baru saya faham. Rupanya bintang enam ini bukannya lambang asal Israel .” Kata saya.

Apa ada pada lambang? Ia merupakan simbol. Orang yang memakai lambang sesuatu kaum dia akan termasuk di dalam kaum itu. Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang.

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud, “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu”.

Israel menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk asal Palestin ini. Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa Arab Kan’an adalah penduduk asal di sini. Sebab itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah menekankan kepada pemuda-pemuda Palestin agar kembali mendalami sejarah. Apabila sejarah tidak diajar, maka akhirnya, sesorang akan hilang jatidirinya. Inilah yang sedang berlaku bagi penduduk Palestin yang bersekolah di sekolah rasmi.

Enam puluh tahun berada di dalam jajahan Israel bermakna sudah masuk generasi ketiga tanah ini dijajah. Saya bertemu dengan penduduk Palestin yang merasa selesa berada di bawah Israel kerana semua kelengkapan telah cukup dan keadaan di sini lebih selesa dari negara Arab lain. Tidak sedikit yang lebih bangga memakai passport Israel dari memakai passport Palestin atau Jordan. Pada mereka, saudara di Gaza hal mereka.

Sebab itu, dari Palestin sendiri, tidak banyak bantuan yang datang ke Gaza . Orang kaya semakin kaya dengan syarikatnya. Coca cola tidak diboikot di Palestin. Iklan terpampang besar di sana sini.

Benarlah kata hukama’: “Jika mahu membunuh tanamam, racunlah akarnya, jika mahu membunuh bangsa, racunlah sejarah mereka”

Jika ini dibiarkan, maka generasi Palestin yang akan datang akan lebih selesa bersama Israel dari bersama orang Arab. Semoga, iman dan ilmu akan menyelamatkan mereka. Dan semoga ia menjadi iktibar buat kita di Malaysia


Lambang bintang 6 penjuru di dalam Masjid Aqsa 2 gambar di atas & bawah bendera Israel bintang 6 penjuru.


Sunday, December 12, 2010

AMALAN ZAMAN JAHILIAH BERULANG.....

RASANYA masih belum terlambat untuk mengucapkan
selamat menyambut Awal Muharam atau tahun baru
Hijrah yang ke-1432 yang di sambut selasa lalu.
Dalam masa 19 hari lagi,kita akan menyambut tahun
baru Masihi 2011 pula.
Bagi umat Islam,tanggal 1 Muharam merupakan detik
yang amat istimewa kerana pada tarikh itu kira-kira
1431 tahun lalu,Nabi Muhammad SAW berhijrah dari
kota Mekah ke kota Madinah.
Bermula dari detik itu,agama Islam yang menyeru
manusia sepaya mengesakan ALLAH terus berkembang
sehingga hari ini.
Sebelum kedatangan Islam,umat manusia pada
zaman jahiliah hidup berpaksikan hawa nafsu dan tidak
mengenal tuhan.
Menanam bayi perempuan hidup-hidup,minum arak,berjudi,bertilik nasib,berzina,merompak,memakan harta anak yatim,amalkan riba,dan sembah berhala(syirik pada ALLAH) merupakan amalan seharian masyarakat jahiliah....
Namun,selepas kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad, semua amalan yang bertentangan dengan hukum ALLAH berjaya dibersihkan oleh Baginda.
Sehingga umat Islam pada zaman Rasulullah hidup dengan penuh cahaya keimanan dengan berhijrah sepenuhnya daripada kegelapan dengan meninggalkan apa yang dilarang dan melakukan apa yang diperintahkan ALLAH.
Erm,walaupun setelah 1431 tahun hijrah Rasulullah berlalu,amalam masyarakat zaman jahiliah nampaknya menular balik dalam masyarakat kita hari ini.
Jika dulu, masyarakat jahiliah menanam bayi perempuan hidup-hidup,hari ini bukan sahaja perempuan bayi laki-laki turut sama dibuang malahan dibuangnya bayi ini di tempat yang kotor..longkang,tempat pelupusan sampah,dibakarnya bayi itu dan macam-macam lagi....
SEMUANYA BERMULA DARIPADA PERBUATAN ZINA YANG BERLELUASA!!!pada masa ini tidak ubah seperti amalan masyarakat jahiliah yang menganggap bahawa ia adalah suatu perbuatan yang biasa..
Jika dahulu umat jahiliah minum arak,sekarang pun xkurang juga orng "islam" yang minum arak tanpa segan silu dan takut,sehinggakan ada yang berani meneguknya secara terbuka tanpa sebarang perasaan rasa bersalah,malah ada juga yang berbangga dengannya..persoalannya adakah mereka nie orang jahiliah...TIDAK!!mereka bukan orang jahiliah tapi orang "islam" abad yang ke-20...!!
1 perkara lagi,mungkin perasaan terkejut ataupun marah tidak lagi ada di hati ibubapa sekarang sekiranya anak perempuan mereka dijemput teman lelaki untuk keluar berparti pada waktu malam...kenapa begitu,kerana fikiran ibubapa sekarang tidak lagi didedahkan dengan rancangan-rancangan berunsur keagamaan akan tetapi,mereka dihidangkan dengan rancangan MELODI,AKADEMI FANTASI,SINETRON INDONESIA,CERITA KOREA dan sebagainya...jadi segala perbuatan ataupun aksi yang dilakonkan menjadi kkebiasaan bagi mereka..So,tidak dapat tidak...biarkan saja anak mereka pergi dibawa teman lelaki mereka....
Mungkin masyarakat hari ini menganggapkan tindakan itu dilihat sebagai salah satu bentuk kemajuan dan kearah kedewasaan...
MALANG sekali,kemajuan itu dilihat dari satu sudut yang salah dengan meniru amalan dan budaya orng Baratyang bertamadun tapi rosak akhlak dan moralnya...
dulu ada pepatah mengatakan dasar "pandang ke barat"...sekarang orang kata orng barat dah tak famous dah so pandang lah ke asia jadilah pelakon-pelakon korea sebagai idola remaja zaman sekarang3...adalah itu dikira sebagai perubhan...TIDAK!! sebabnya pelakon-pelakon barat ikut style negara barat so kita TERgila-gila kat pelakon KOREA hujahnya dah tak sokong barat...so, fikir2kan lah...
Jika benarlah begitu,perbuatan masyarakat hari ini sebenarnya lebih teruk daripada masyarakat zaman jahiliah zaman dahulu..
Ini kerana masyarakat kita telah diajar perkara yang betul oleh Islam tetapi mengingkarinya sedangkan warga jahiliah melakukan perbuatan salah itu ketika mereka belum mendapat petunjik Islam...tetapi berubah setelah mendapat petunjuk dari ISLAM....
Itu belum lagi kita berbicara soal salah laku lain..seperti pecah amanah ,hasad dengki,menipu,makan hart anak yatim,meninggalkan rukun Islam...dan sebagainya...
Jadi sama-samalah kita merenung kembali kedudukan kitakedudukan kita dan bermuhasabah kembali...sempena memperingatidetik hijrah RAsulullah SAW sejak 1431 tahun yang lalu...
ADAkah kita termasuk dalam golongan orang yang mengamalkan perbuatan yang dilakukan oleh masyarakat jahiliah sebelum kedatangan Islam atau sebaliknya...?
JIKA ya,sudah sampai masa nya untuk kita menghentikan segala amalan yang bertentangan dengan hukum ALLAH dan kembali semula kepada landasan ISLAM yang sebenar...
wallahu'lam...

Sunday, November 7, 2010

YANG BERNAMA SEORANG PEJUANG


Kehidupan seorang ISLAM itu Penuh dengan perjuangan
Berjuang demi mencapai mardhatillah
Hingga sampai janji Allah
Antara kemuliaan atau syahid fi sabilillah
Pejuang itu...
Berjuang menentanng kebatilan
Bukan hanya membiarkan nasib umatnya diperkotak-katikkan
Tanpa sebarang pembelaan
Pejuang itu..
Terus berjuang menentang kefasadan
Bukan hanya menangguh tugas
Yang telah menjadi kewajipan
Seorang pejuang itu....
Tidak kenal erti jemu
Tidak kenal erti putus asa
Kerana dia mengerti Perjuangan itu
Bukan untuk insan yang memnetingkan kerehatan
Dan kesenangan dunia Tetapi bagi insan...
Yang hatinya mempunyai ikatan kukuh dengan dengan ar-Rahman
Yang bernama seorang pejuang itu...
Rela imannya diuji dengan dugaan
Rela diri dan hartanya dikorbankan
Kerana dia tahu
Perjuangan itu adalah jalan yang panjang
Dan penuh dengan kesukaran
Tiada karpet merah untuk dihamparkan
Tiada bunga-bungaan untuk ditaburkan
Yang ada........
Hanyalah cacian dan cemuhan yg menguji kesabaran
Duri-duri yang perlu ditempuh sepanjang perjalanan
Mehnah dan tribulasi yang tiada berkesudahan
Sahabatku..
Semoga kita tergolong di kalangan insan yg bergelar pejuang
Bukan pejuang yg membinasakan diri sendiri tetapi pejuang yg berusaha meletakkan Islam d tempatnya yg tertinggi

Saturday, November 6, 2010

Erm....


Betul Ker Perokok Juga ADa HAK??

Assalamualaikum buat semua...
ada satu soalan yang selalu ataupun kerap kali terhambur dari mulut perokok-perokok di negara kita...

soalanya: BetUl Ker Per0Kok juGa ADA HAK???

jawapannya: YA!!!!!

perokok memang ada hak, yang mana hak mereka untuk mengetahui hakikat sebenar di sebalik harga sebatang rokok...!!!!!

dengan membayar rm0.50 untuk sebatang rokok,perokok sebenarnya membelanjakan:-
  • 24 sen untuk cukai hasil tembakau .
  • 14 sen untuk keuntungan pengilang rokok.
  • 5 sen untuk peruncit
  • 1 sen untuk keuntungan pemborong/ pengedar rokok.
  • 1 sen untuk dinikmati penanam/ pengawit tembakau.

NILAI SEBENAR ROKOK SEBENARNYA HANYALAH RM0.05 SEN SAHAJA!!!!

Dan juga setiap rokok yang berharga 0.05sen itu, sbenarnya menghadiahkan diri perokok dengan:-


  • 20 kali lebih risiko kanser paru-paru.
  • 10 kali lebih ancaman penyakit paru-paru.
  • 10 kali lebih padah saluran darah tersumbat.
  • 4 kali lebih ancaman serangan jantung.
  • 2 kali lebih risiko serangan strok.
  • 50% risiko kematian akibat tabiat merokok.


PALING UTAMA ANDA JUGA "PEROKOK" JUGA MENGHADIAHKAN PENDERITAAN KEPADA ORANG YANG SELAMA INI MENYAYANGI DIRI ANDA.

BERHENTILAH SEBELUM TERLAMBAT....


Demikian lah sahabat-sahabat sekalian, memang lah kita bukan seorng perokok tetapi ramai lagi saudara-saudara seislam kita yang sedang merosakkan diri mereka sendiri...
sudah terang lagi bersuluh banyak negative impact buat mereka perokok dan juga kepada sesiapa yang bersama dengan perokok...
Rokok juga telah diisytiharkan HARAM sebab ia lebih mendatangkan keburukan daripada kebaikan..

jadi sama-sama lah kita samapaikan kepada sahabat2 kita yang merokok..

salam renungan buat kalian semua...wsalam...:-)