Kata kakakku, "Ujian penuntut ilmu: Kewangan, malas, syahwat (rindu dan cinta), sahabat dan persekitaran." Saya akui, sebagai penuntut ilmu atau mahasiswa, lima perkara tersebut merupakan masalah utama bagi setiap pelajar! Saya yakin anda mengakuinya juga. Namun, bagi penuntut di Mesir, kewangan bukanlah masalah utama kerana wang zakat melimpah-ruah di sini. Negara kaya seperti Kuwait dan Brunei selalu memberikan sumbangan kepada mereka yang sedang berjihad ini. Tetapi, empat masalah yang lain terus membelengu para penuntut. Masalah ke-2, MALAS! Musim sejuk adalah musim yang paling agak malas di sini. Kerana mahasiswa agak selesa di sebalik selimut tanpa mandi berhari-hari. Masalah ke-3, SYAHWAT! Ini yang ingin saya kupaskan. Insya Allah, semoga apa yang saya ingin sampaikan dapat difahami oleh anda sekalian. Putik-putik Cinta di Facebook Saya sebagai seorang pemuda, sering menerima pop-up chat dari orang yang tidak dikenali. Dan kebanyakanya daripada perempuan. Adakah itu normal seperti yang diutarakan sahabat saya. Beliau bertanya di laman Facebook "says; is it normal, if wall perempuan mesti penuh dengan kawan lelaki, and vice versa?" Apa pendapat anda? Saya akui, saya sering 'jual mahal' dengan ajakan berborak melalu Facebook walaupun kadang-kadang tersungkur di tengah jalan. Kerana saya tekad untuk tidak chat sesuka hati bila saya sudah mempunyai orang yang saya berhajat denganya untuk melengkapkan iman saya. Terutama bila sedang dalam menuntut ilmu, maka saya tidak mahu hidup saya terganggu dengan perkara-perkara yang termasuk dalam ikhtilat diluar syarie. Bukan Cinta Jika Asasnya Facebook Saya hairan bila mana ada orang merendahkan martabat cinta dengan menjualnya di Facebook. Dalam erti kata lain, "Saya boleh menerima cinta di Facebook". Ini mungkin berlaku bila seseorang yang sudah putus cinta mengwar-warkan perasaan benci dan kesalnya terhadap cinta yang berputik terhadap seseorang. Status in relationship bertukar kepada single. Lalu wujud seorang lelaki yang menawarkan diri untuk mendengar masalah wanita tersebut. Dan memberi pandangan hanya berdasarkan minda yang mengharapkan dosa pada masa akan datang. Ini padahnya bila meluahkan perasaan melalui Facebook. Kadang-kadang bila yang memberikan pandangan berwajah kurang handsome, si wanita akan berkata, "Sibuk je nak tahu pasal orang". Namun bila mana yang menanyakan soalan agak handsome, dengan sendiri dia akan merendahkan martabat diri dengan membuka aib sendiri. Sedarkah kalian bahawa WAJAH PROFILE FACEBOOK BOLEH DIMANIPULASI! Nilai Harga Diri Adakah begitu rendah martabat cinta kita terhadap orang yang harus dinikahi sehinggakan kita boleh bercinta sekadar melihat wajah seseorang di Facebook atau bermula dengan pop-up chat di Facebook? Namun bila kita berjumpa, terkejut melihat wajahnya yang ternyata bukan pilihan hati kita. Terus cinta yang berputik di Facebook hilang begitu sahaja. Adakah itu cinta? Banyak artikel yang menerangkan mengenai ikhtilat diluar syarie. Anda seorang yang berakal, maka nilai setinggi mana nilai diri anda. Seperti kata-kata Hilal Asyraf, beliau menyatakan di dalam blognya, "Cinta tidak buta". Martabat cinta begitu tinggi. Jangan rendahkannya sehingga menilai ia buta. Saya memberi contoh, jika anda mencintai seseorang kerana agamanya, adakah bila agama orang tersebut hilang selepas anda mencintainya, adakah anda akan terus mencintainya? Namun, jika anda tidak menganggap cinta itu buta, anda mencintai seseorang kerana agamanya, maka cinta anda kepadanya akan bertambah dan berkurang sepertimana bertambah dan berkurangnya agamanya. Atas dasar itu cinta kerana agamanya diperkuatkan lagi dengan hadis yang bermaksud: "Apabila datang kepada kalian orang yang kalian redha agamanya dan akhlaknya (untuk meminang anda atau wanita dibawah tanggungan anda) maka nikahlahilah lelaki tersebut. Kalau kalian tidak melakukan hal tersebut nescaya akan terjadi fitnah di muka bumi dan terjadi kerosakan yang merata". [HR Tarmizi & Ibn Majjah] Penutup Niat saya menulis post ini adalah untuk menyedarkan orang yang saya cintai bahawa bukan cinta jika asasnya Facebook dan nilai diri anda wahai cintaku. Saya mengharapkan juga dengan post ini saya dan anda menjadi lebih baik dari sebelum ini. Jika anda sudah terlajak bercinta di Facebook, maka cepat-cepat betulkan cinta anda. Jangan cepat menjual maruah. Semoga post kali ini membuatkan anda dan saya lebih baik selepas ini bersama-sama mengejar redha Allah SWT dan cinta keranya-Nya. Insya Allah! Salam Ingatan dari saya Kaherah, Mesir
11.24 am 02 November 2010
Monday, December 20, 2010
CinTa FacEbook!!
Posted by SaHabat1100 at 9:21 PM 1 comments
Thursday, December 16, 2010
Mengapa Lambang Bintang 6 Penjuru Ada Dlm M/Aqsa?
by Muhd Hazrie Abdul Wahab in Dajjal: Raja Konspirasi Dunia, GENERAL INFO,ISLAM
JUMAAT 24 April 09, merupakan hari bersejarah dalam hidup saya dan rombongan apabila ia merupakan hari pertama di dalam hidup kami menjejaki kaki ke al-Aqsa. Saya menunaikan solat Tahyatul Masjid. Sebelum khutbah bermula, kami mendengar bayan (syarahan) yang disampaikan oleh Imam al-Aqsa, Syeikh Yusuf Abu Sunainah. Di dalam bayannya, beliau mengutuk Israel dengan suara yang lantang.
Ketika khutbah bermula, beliau menegaskan agar semua anak-anak muda Palestin balik merujuk kepada sejarah kerana orang Yahudi telah mula mahu menipu sejarah. Mereka mengatakan bahawa tanah Palestin adalah tanah asal mereka.
Ketika selesai menunaikan solat Jumaat, saya dan rombongan berjalan-jalan sekitar al-Aqsa. Saya menghampiri mimbar al-Aqsa. Ia merupakan mimbar lama hampir berumur 1000 tahun. Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem , beliau membawa dua mimbar dari Halab ( Aleppo ) Syria , tempat dimakamkan Saidina Khalid al-Walid . Saidina Khalid al-Walid antara sahabat yang berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini. Setelah enam ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib.
Pada tahun 1187, ia berada ditangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa masjid ini telah di dalam amanah Islam semula. Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s). Ketika saya menghampiri mimbar Salahuddin di al-Aqsa ini, saya mengerutkan dahi. Kenapa di mimbar ini ada bintang enam? lambang negara Israel.
Gelagat saya diperhatikan salah seorang penjaga al-Aqsa. Dia menghampir saya, memberi salam dan memegang bahu saya. “Aku tahu apa yang engkau fikirikan” kata beliau.
“Kamu tentu hairan kenapa ada lambang Israel di mimbar ini kan?” Beliau menambah.
Saya hanya menganggukkan kepala. Penjaga ini menarik tangan saya, pergi ke tepi masjid. Dia kemudian menudingkan jarinya ke arah tingkap berhampiran dengan syiling al-Aqsa. “Cuba kamu lihat, ditingkap itu pun ada lambang bintang enam ini, di dinding ini pun ada,” katanya sambil menunjukkan arah dinding al-Aqsa.
“Emmm, kenapa ya?” Tanya saya ingin mengetahui lanjut.
“Sebenarnya nak, bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan’an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan’an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka. Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan’an yang telah Islam.
Orang Kan’an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada. Umur mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan mar-mar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun. Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kan’an di sini “. Penjaga ini menerangkan kepada saya dengan panjang lebar.
“Oh, baru saya faham. Rupanya bintang enam ini bukannya lambang asal Israel .” Kata saya.
Apa ada pada lambang? Ia merupakan simbol. Orang yang memakai lambang sesuatu kaum dia akan termasuk di dalam kaum itu. Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang.
Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud, “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu”.
Israel menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk asal Palestin ini. Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa Arab Kan’an adalah penduduk asal di sini. Sebab itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah menekankan kepada pemuda-pemuda Palestin agar kembali mendalami sejarah. Apabila sejarah tidak diajar, maka akhirnya, sesorang akan hilang jatidirinya. Inilah yang sedang berlaku bagi penduduk Palestin yang bersekolah di sekolah rasmi.
Enam puluh tahun berada di dalam jajahan Israel bermakna sudah masuk generasi ketiga tanah ini dijajah. Saya bertemu dengan penduduk Palestin yang merasa selesa berada di bawah Israel kerana semua kelengkapan telah cukup dan keadaan di sini lebih selesa dari negara Arab lain. Tidak sedikit yang lebih bangga memakai passport Israel dari memakai passport Palestin atau Jordan. Pada mereka, saudara di Gaza hal mereka.
Sebab itu, dari Palestin sendiri, tidak banyak bantuan yang datang ke Gaza . Orang kaya semakin kaya dengan syarikatnya. Coca cola tidak diboikot di Palestin. Iklan terpampang besar di sana sini.
Benarlah kata hukama’: “Jika mahu membunuh tanamam, racunlah akarnya, jika mahu membunuh bangsa, racunlah sejarah mereka”
Jika ini dibiarkan, maka generasi Palestin yang akan datang akan lebih selesa bersama Israel dari bersama orang Arab. Semoga, iman dan ilmu akan menyelamatkan mereka. Dan semoga ia menjadi iktibar buat kita di Malaysia
Posted by SaHabat1100 at 10:15 PM 0 comments
Sunday, December 12, 2010
AMALAN ZAMAN JAHILIAH BERULANG.....
RASANYA masih belum terlambat untuk mengucapkan
selamat menyambut Awal Muharam atau tahun baru
Hijrah yang ke-1432 yang di sambut selasa lalu.
Dalam masa 19 hari lagi,kita akan menyambut tahun
baru Masihi 2011 pula.
Bagi umat Islam,tanggal 1 Muharam merupakan detik
yang amat istimewa kerana pada tarikh itu kira-kira
1431 tahun lalu,Nabi Muhammad SAW berhijrah dari
kota Mekah ke kota Madinah.
Bermula dari detik itu,agama Islam yang menyeru
manusia sepaya mengesakan ALLAH terus berkembang
sehingga hari ini.
Sebelum kedatangan Islam,umat manusia pada
zaman jahiliah hidup berpaksikan hawa nafsu dan tidak
mengenal tuhan.
Menanam bayi perempuan hidup-hidup,minum arak,berjudi,bertilik nasib,berzina,merompak,memakan harta anak yatim,amalkan riba,dan sembah berhala(syirik pada ALLAH) merupakan amalan seharian masyarakat jahiliah....
Namun,selepas kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad, semua amalan yang bertentangan dengan hukum ALLAH berjaya dibersihkan oleh Baginda.
Sehingga umat Islam pada zaman Rasulullah hidup dengan penuh cahaya keimanan dengan berhijrah sepenuhnya daripada kegelapan dengan meninggalkan apa yang dilarang dan melakukan apa yang diperintahkan ALLAH.
Erm,walaupun setelah 1431 tahun hijrah Rasulullah berlalu,amalam masyarakat zaman jahiliah nampaknya menular balik dalam masyarakat kita hari ini.
Jika dulu, masyarakat jahiliah menanam bayi perempuan hidup-hidup,hari ini bukan sahaja perempuan bayi laki-laki turut sama dibuang malahan dibuangnya bayi ini di tempat yang kotor..longkang,tempat pelupusan sampah,dibakarnya bayi itu dan macam-macam lagi....
SEMUANYA BERMULA DARIPADA PERBUATAN ZINA YANG BERLELUASA!!!pada masa ini tidak ubah seperti amalan masyarakat jahiliah yang menganggap bahawa ia adalah suatu perbuatan yang biasa..
Jika dahulu umat jahiliah minum arak,sekarang pun xkurang juga orng "islam" yang minum arak tanpa segan silu dan takut,sehinggakan ada yang berani meneguknya secara terbuka tanpa sebarang perasaan rasa bersalah,malah ada juga yang berbangga dengannya..persoalannya adakah mereka nie orang jahiliah...TIDAK!!mereka bukan orang jahiliah tapi orang "islam" abad yang ke-20...!!
1 perkara lagi,mungkin perasaan terkejut ataupun marah tidak lagi ada di hati ibubapa sekarang sekiranya anak perempuan mereka dijemput teman lelaki untuk keluar berparti pada waktu malam...kenapa begitu,kerana fikiran ibubapa sekarang tidak lagi didedahkan dengan rancangan-rancangan berunsur keagamaan akan tetapi,mereka dihidangkan dengan rancangan MELODI,AKADEMI FANTASI,SINETRON INDONESIA,CERITA KOREA dan sebagainya...jadi segala perbuatan ataupun aksi yang dilakonkan menjadi kkebiasaan bagi mereka..So,tidak dapat tidak...biarkan saja anak mereka pergi dibawa teman lelaki mereka....
Mungkin masyarakat hari ini menganggapkan tindakan itu dilihat sebagai salah satu bentuk kemajuan dan kearah kedewasaan...
MALANG sekali,kemajuan itu dilihat dari satu sudut yang salah dengan meniru amalan dan budaya orng Baratyang bertamadun tapi rosak akhlak dan moralnya...
dulu ada pepatah mengatakan dasar "pandang ke barat"...sekarang orang kata orng barat dah tak famous dah so pandang lah ke asia jadilah pelakon-pelakon korea sebagai idola remaja zaman sekarang3...adalah itu dikira sebagai perubhan...TIDAK!! sebabnya pelakon-pelakon barat ikut style negara barat so kita TERgila-gila kat pelakon KOREA hujahnya dah tak sokong barat...so, fikir2kan lah...
Jika benarlah begitu,perbuatan masyarakat hari ini sebenarnya lebih teruk daripada masyarakat zaman jahiliah zaman dahulu..
Ini kerana masyarakat kita telah diajar perkara yang betul oleh Islam tetapi mengingkarinya sedangkan warga jahiliah melakukan perbuatan salah itu ketika mereka belum mendapat petunjik Islam...tetapi berubah setelah mendapat petunjuk dari ISLAM....
Itu belum lagi kita berbicara soal salah laku lain..seperti pecah amanah ,hasad dengki,menipu,makan hart anak yatim,meninggalkan rukun Islam...dan sebagainya...
Jadi sama-samalah kita merenung kembali kedudukan kitakedudukan kita dan bermuhasabah kembali...sempena memperingatidetik hijrah RAsulullah SAW sejak 1431 tahun yang lalu...
ADAkah kita termasuk dalam golongan orang yang mengamalkan perbuatan yang dilakukan oleh masyarakat jahiliah sebelum kedatangan Islam atau sebaliknya...?
JIKA ya,sudah sampai masa nya untuk kita menghentikan segala amalan yang bertentangan dengan hukum ALLAH dan kembali semula kepada landasan ISLAM yang sebenar...
wallahu'lam...
Posted by SaHabat1100 at 1:35 AM 0 comments
Sunday, November 7, 2010
YANG BERNAMA SEORANG PEJUANG
Posted by SaHabat1100 at 1:10 AM 0 comments
Saturday, November 6, 2010
Erm....
- 24 sen untuk cukai hasil tembakau .
- 14 sen untuk keuntungan pengilang rokok.
- 5 sen untuk peruncit
- 1 sen untuk keuntungan pemborong/ pengedar rokok.
- 1 sen untuk dinikmati penanam/ pengawit tembakau.
- 20 kali lebih risiko kanser paru-paru.
- 10 kali lebih ancaman penyakit paru-paru.
- 10 kali lebih padah saluran darah tersumbat.
- 4 kali lebih ancaman serangan jantung.
- 2 kali lebih risiko serangan strok.
- 50% risiko kematian akibat tabiat merokok.
Posted by SaHabat1100 at 8:04 AM 0 comments
Friday, November 5, 2010
Kelebihan hari jumaat...TAPI..
ASSALAMUALAIKUM...
Posted by SaHabat1100 at 3:06 AM 0 comments
Monday, November 1, 2010
ISLAM DI HINA DI MALAYSIA!!!!!
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.
Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia
Antaranya:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'....Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada' kan .
3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.
4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.
6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan... Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.
8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim.
Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.
Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)
SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM
LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT
TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM...
Posted by SaHabat1100 at 9:06 PM 0 comments
Wednesday, September 29, 2010
~BicAra KalAm~
Seindah kalam seindah rupawan...
Posted by SaHabat1100 at 10:24 AM 1 comments