BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Islamic Widget

Friday, November 5, 2010

Kelebihan hari jumaat...TAPI..

ASSALAMUALAIKUM...

apa khabar hari anda? dan soalan cepu emas..apa cerita Jumaat anda..? Ya,hari jumaat.Hari untuk kita mendapatkan lebih success dalam hidup kita. Hari untuk kita lebih kuat berbanding hari-hari yang lain...

Jadi, apa pun yang antum buat pada hari ini, pastikan itu adalah yang terbaik,yang terhebat untuk diri antum sendiri.

jadikan jumaat untuk lebih special daripada hari-hari yang lain. Buat janji yang aku mesti bangun di awal pagi,dapat solat subuh berjemaah,dapat baca maathurat, dapat juga baca al-quran sebelum suria terbit..bukankah itu indah..!!

disini nak share laa ape yang saya baca untuk sahabat-sahabat sekalian...kelebihan-kelebihan hari jumaat...Moga-moga kita sama-sama dapat keberkatan dan faedahnya...

6 kelebihan Jumaat...

1.BERLAKUNYA HARI KIAMAT.

Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat.Dalam suatu hadis riwayat muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa,"Pada hari jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorng yang beriman meminta sesuatu daripada ALLAH melainkan akan dikabulkan permintaannya."

2.NABI ADAM DICIPTAKAN DAN DIA JUGA DISINGKIRKAN DARI SYURGA.
Hari jumaat memang istimewa.Hari ini nabi Adam diciptaka,dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.

daripada Abu Hurairah katanya,Rasulullah bersabda, maksudnya,"sebaik-baik hari yang terbit matahari adalah hari Jumaat,pada hari itulah Adam a.s diciptakan dan pada hari itulah dia dikeluarkan dari syurga,"

3.PENGHULU SEGALA HARI.

Ramai orng suka sebut hari jumaat hari special naper yea?? Jumaat adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.

dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang meriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:"Jumaat dinamakan sebagai 'Saidul aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).

4. SELAMAT DARI FITNAH KUBUR BAGI YANG MATI PADA HARI JUMAAT.

Menurut Nabi SAW." tidak seorng muslim yang mati hari jumaat atau pun malam Jumaat,melainkan diselamatkan ALLAH daripada fitnah kubur."
Jadi,sama-samalah kita berdoa moga-moga ALLAH memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh ALLAH ini.

5.KEBAIKAN DENGAN MEMOTONG KUKU.

Peliharalah kebersihan.Kalau boleh,Jumaat ini bagi lebih-lebih lagi.Mana yang dah lama tak potong rambut,maka potong lah..Kasi kemas. Kalau kuku rasa mula nak panjang, hah potonglah..
Ibnu Masud berkata."Sesiapa yang memotong kuku pada hari jumaat, ALLAH akan menyembuhkan daripadanya dan memberikannya keselamatan.

6.MAKBULNYA DOA DI ANTARA DUA KHUTBAH.

Yang ini kita dah selalu dengar. daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yamg telah dibritahu akan perkara ini. baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah,iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

ini berdasakan hadis daripada Abu hurairah yang bermaksud," pada hari jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan." dan rasullulah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.

Abi burdah bin Abi Almusa al-Asy'ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin umar r.a pernah mendengar bahawa Rasullulah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

TAPI...sahabat-sahabat sekalian,fenomena kehidupan kita amat bercanggah dengan situasi ini...kita dipengaruhi oleh kerajaan yang mana telah menetapkan hari jumaat adalah hari kerja,hari bersekolah,hari yang mana semua nya berkejar-kejar mencari rezki dunia...

hari jumaat semuanya memang bangun pagi tapi bukannya untuk beribadat..tapi untuk ke sekolah..untuk bersiap pergi kerja..untuk buat sarapan..dan banyak lagi..dan bila tiba waktu solat jumaat mula laa semua orang mengambil peluang untuk berehat..dengan tidur ketika khatib sedang membaca khutbah..

Dan untuk membuka minda lagi..hari jumaat adalah hari yang penuh barakah untuk umat islam tapi kerajaan,x sedar ker...
sebaliknya, hari ahad hari cuti minggu...kelebihan untuk orang hindu dan kristian mereka dapat pergi kuil dan gereja dengan hati yang senang dan tenteram tanpa dipengaruhi dengan kerja2 dunia...PERSOALANNYA betulkah negara kita amalkan budaya islam...

sama-sama lah kita fikir2 kan...wallahua'lam...

mohon maaf...sekadar pencetus minda untuk semua...:-)


0 comments: